Sunday, 13 September 2015

DEFINISI MANUSIA MENURUT KAMUS DEWAN


  Kamus Dewan mentakrifkan manusia sebagai makhluk yang mempunyai akal budi, insan, orang. Mudahnya, manusia ialah makhluk yang mempunyai fikiran dan kemampuan berfikir disamping mempunyai perasaan. Dari perspektif Islam, manusia bukan sahaja dilihat dari sudut luaran bahkan merangkumi segenap aspek. Manusia ialah makhluk ciptaan Allah SWT dengan dua unsur utama yang sangat lengkap dan sempurna diwakili oleh elemen rohani dan jasmani. (at-Tin 95:4). Manusia ialah makhluk agung yang tiada tolok bandingannya. Dengan keistimewaan akaldan ilmu pengetahuan, fizikal dan spiritual, manusia mampu melakukan apa sahaja.

       Dengan keistimewaan keistimewaan ini, Allah SWT sebagai pemilik mutlak manusia dan seluruh alam semesta, meletakkan tanggungjawab memimpin di atas bahu manusia. Diberikan manusia panduan dan tunjuk ajar melalui rasul supaya manusia tidak lupa asal – usul dan amanah yang dipikul. (al-Baqarah 2: 151, 213). Diberikan manusia kitab – kitab sebagai petunjuk supaya manusia mengkaji, memikir dan seterusnya mendapat petunjuk Allah SWT (al- Baqarah 2:2). Oleh itu, manusia wajib menggunakan akal yang dibimbing wahyu (Al Alaq 96:1). Memisahkan fungsi akal dan wahyu akan mendatangkan bencana kepada seluruh alam. Sejarah menunjukkan ramainya umat-umat terdahulu hancur binasa akibat menolak peranan wahyu dalam kehidupan.

      Dari sudut bahasa, Al-Quran menggunakan beberapa perkataan yang merujuk kepada manusia. Antaranya ialah An Nas – (An Nas 114:1), Al Ins – (Adz Dzazriyaat 5156), Al Insan –(At Tiin 95:4) dan Al Basyar – (Al Furqon 25:54). Dari sudut istilah, manusia dikaitkan dengan makhluk Allah SWT yang mukalaf (ada beban tanggungjawab) dan mempunyai dua tugas utama iaitu:

  •  Manusia sebagai hamba Allah SWT yang mempunyai tugas untuk        mengabdikan diri kepadaNya        
  •  Manusia sebagai Khalifah yang mempunyai amanah dan tanggungjawab.


PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN

1.Peringkat pertama
    • NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani. Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2 " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

    • Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran. 

    • Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan. Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.

                              (sperma)                 (sperma menembusi ovum)

2.Peringkat Kedua
    • ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.Firman Allah  dalam surah Al-Mukmin:14 yang bermaksud; " Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"  

    • Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud seperti sesuatu yang bergantung atau melekat, pacat atau lintah, suatu buku atau ketulan darah.

    • Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga did alam rahim.
3.Peringkat Ketiga
    • MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah      al-Mukminun ayat 14   "lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging   (surah Al-Mukminun ayat 14)

    • Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

4.Peringkat Keempat
    • IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut. Firman Allah yang bermaksud:    "Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam dan     kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging" (surah Al-Mukminun ayat 14)

    • Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

                              janin pada usia 12 minggu





5.Peringkat Kelima
    • NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi      cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.



                janin mendapat makanan melalui uri


6.Peringkat Keenam



    • NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t









PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT HADIS

Daripada Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: "Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepada kami - dan dia adalah orang yang benar lagi dibenarkan -: "Sesungguhnya setiap kamu dihimpunkan kejadiannya di dalam rahim ibunya selama 40 hari sebagai mani, kemudian dia menjadi ketulan darah seperti tempoh tersebut juga (40 hari), kemudian dia menjadi ketulan daging seperti tempoh tersebut (40 hari). Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, maka dia meniupkan ruh padanya. Lalu dia (malaikat) disuruh oleh Allah supaya menulis 4 perkara : (1) rezekinya, (2) ajalnya, (3) amalannya, dan (4) celaka atau bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain-Nya! Sesungguhnya di kalangan kamu ada yang akan beramal dengan amalan ahli syurga sehingga tidak ada di antaranya dengan syurga kecuali sehasta, maka kitab mendahuluinya, lantas dia beramal dengan amalan ahli neraka, lalu diapun memasuki (neraka). Di kalangan kamu ada yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga tidak ada di antaranya dengan neraka kecuali sehasta, maka kitab mendahuluinya, lantas dia beramal dengan amalan ahli syurga, lalu diapun memasukinya (syurga). (hadis riwayat Imam Bukhari )




1. PERKEMBANGAN JANIN DI DALAM RAHIM


      Hadis ini menunjukkan bahawa janin mengalami perubahan di dalam jangka masa 120 hari pada 3 peringkat. Pada setiap 40 hari, ia berada di satu peringkat tertentu. Pada tempoh 40 hari yang pertama, ia menjadi mani (nutfah), kemudian pada tempoh 40 hari yang kedua, ia menjadi segumpal darah dan dalam waktu 40 hari yang ketiga, ia menjadi ketulan daging. Seterusnya selepas 120 hari, malaikat meniupkan ruh dan menulis baginya 4 perkara. Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran mengenai perubahan janin pada peringkat-peringkat ini di dalam firman-Nya yang bermaksud :

      "Wahai umat manusia. sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatikanlah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku." (Al-Hajj : 5)

2. TIUPAN ROH
  • Ulama' bersepakat bahawa berlakunya tiupan ruh kepada janin adalah setelah berlakunya 120 hari selepas persetubuhan di antara suami isteri ; iaitu selepas sempurna 4 bulan dan masuk bulan kelima. Ini (kewujudan janin) dapat diketahui dengan penyaksian (penglihatan). Oleh itu segala hukum-hakam disandarkan kepadanya seperti hukum istilhaaq (iaitu seorang mengaku bahawa seorang yang lain adalah anaknya atau tidak atau sebaliknya) dan kewajipan memberi nafkah. Hukum-hakam ini sabit kerana janin itu diyakini kewujudannya hasil dari pergerakan yang dirasa di dalam rahim. Oleh kerana itu juga, hikmah 'iddah perempuan yang kematian suaminya iaitu 4 bulan 10 hari ialah memastikan benar-benar bahawa rahimnya tidak mengandungi janin suaminya yang meninggal setelah berlalunya tempoh tersebut tanpa menunjukkan tanda hamil. 

  • Imam Nawaawi berkata di dalam kitabnya Syarah Muslim : "Ruh ialah satu jisim seni yang mengalir dan menyerap di dalam tubuh, sebagaimana air menyerap di dalam dahan yang hijau." Imam al-Ghazali pula berkata di dalam kitabnya Ihyaa' Ulumuddin : "Ruh ialah semata-mata jauhar (suatu benda) yang bergerak di dalam tubuh."
3. HARAM MENGUGURKAN JANIN



  • Para ulama' telah bersepakat mengatakan bahawa menggugurkan janin selepas ditiupkan ruh adalah haram. Mereka mengkatogerikan perbuatan tersebut sebagai jenayah yang tidak halal bagi seorang muslim melakukannya kerana sesungguhnya ia adalah jenayah terhadap benda hidup yang telah sempurna kejadiannya dan ternyata kehidupannya. Wajib membayar 'diya' dengan sebab pengguguran tersebut iaitu sekiranya janin itu gugur dalam keadaan hidup dan kemudiannya mati (dengan sebab tersebut). Sekiranya ia gugur dalam keadaan sudah mati, dikenakan denda harta-benda yang lebih ringan daripada kes pertama. Adapaun menggugurkan janin sebelum ditiupkan ruh padanya, maka hukumnya juga haram. Ini adalah pendapat kebanyakan fuqaha' dan dalilnya ialah hadis-hadis sahih yang menceritakan bahawa penciptaan bermula dari mani selepas ianya stabil berada di dalam rahim ibu. Imam Muslim telah meriwayatkan daripada Huzaifah bin Usaid bahawa baginda s.a.w bersabda yang bermaksud 
    :"Apabila berlalu (genap) 42 malam (dalam riwayat yang lain, lebih dari 40 hari), Allah s.w.t mengutuskan malaikat, maka iapun membentuknya dan menciptakan pendengaran, penglihatan, kulit, daging dan tulangnya."

4. PENENTUAN AMALAN PADA KESUDAHANNYA

  • Imam Bukhari telah meriwayatkan daripada Sahal bin Sa'ad daripada Nabi s.a.w sabdanya : "Sesungguhnya semua amalan itu dengan penutupnya."

  • Maknanya ialah sesiapa yang ditulis (ditentukan) baginya iman dan taat pada akhir umurnya, kemungkinan dia kufur dan mengingkari Allah s.w.t dalam tempoh tertentu, kemudian Allah s.w.t memberikan kepadanya taufik (petunjuk) kepada iman dan taat sebelum umurnya berakhir dan dia mati dalam keadaan demikian, maka dia akan masuk syurga. Sesiapa yang dituliskan (ditetapkan) ke atasnya kufur dan fasiq di akhir umurnya, kemungkinan dia beriman dan mentaati Allah s.w.t dalm tempoh masa tertentu, kemudian Allah s.w.t membiarkannya (tidak menghiraukannya) - lantaran usaha, amalan dan keinginannya sendiri - lantas dia menuturkan kalimah kufur dan beramal dengan amalan ahli neraka dan dia mati dalam keadaan demikian, maka dia akan masuk nerak. Oleh itu, janganlah kita tertipu, merasa lemah dan putus asa dengan keadaan zahir manusia, kerana ukuran sebenar adalah pada akhirnya. Kita memohon kepada Allah s.w.t supaya menetapkan kita di atas kebenaran, kebaikan dan 'husnul khatimah' (kesudahan yang baik). 

5. KESUDAHAN BAIK DAN BURUK

  • buruk - kta minta berlindung dengan Allah - adalah dengan sebab bisikan batin (hati) si hamba (itu sendiri) dan manusia tidak mampu melihatnya. Begitulah juga, kadang-kadang seorang lelaki beramal dengan amalan ahli neraka sedangkan pada batinnya terdapat satu sifat kebaikan yang tersembunyi yang akan menguasainya pada akhir umurnya, maka ini melayakkannya untuk mendapat kesudahan yang baik." Abdul Azizi bin Daud telah menceritakan, katanya : "Aku hadir di sisi seorang yang sedang menghadapi kematian dan diajarkan kepadanya dua kalimah syahadah. Lelaki yang mengajar itu berkata : "Dia telah kufur dengan kalimah syahadah", lantas dia bertanya khabar tentangnya (semasa hidupnya), maka didapati si mati adalah penagih arak. Lalu berkatalah Abdul Azizi : "Peliharalah diri kamu semua daripada dosa-dosa. Sesungguhnya dosa-dosalah yang telah menjerumuskan si polan ini ke dalam kekufuran." 

VIDEO PEMBENTUKKAN MANUSIA


Saturday, 12 September 2015

KESIMPULAN

Jelas di sini, manusia adalah sebaik-baik ciptaan kerana dikurniakan akal fikiran. Kita seharusnya bersyukur dengan segala kurniaan daripada pencipta kita. Sesungguhnya setiap kejadian ada kepentingannya, contohnya kita sebagai manusia dipertanggungjawabkan untuk mentadbir alam ini dengan sebaik-baiknya. Dengan adanya akal fikiran, manusia boleh melakukan sesuatu dengan rasional berbanding makhluk yang lain di muka bumi ini. Sehingga kini, Teori Darwin masih dipertingkaikan oleh segelintir masyarakat kerana mengikut teori beliau, manusia adalah gabungan kera tetapi hakikatnya kera itu adalah haiwan sedangkan manusia itu individu yang tersendiri.

Friday, 11 September 2015

RUJUKAN


1. SUMBER INTERNET
  • http://tintamujahid90.blogspot.my/2010/02/hadis-40-hadis-4-imam-nawawi.html
  • http://keajaiban-quran.blogspot.my/2013/05/proses-kejadian-manusia-menurut-al-quran.html
  • https://www.youtube.com/watch?v=mOxI66uZYbI

2. SUMBER BUKU
  • FENOMENA ALAM dalam AL-QURAN (AL-Hidayah Publication), Pengarang ( Sa’id Salah Al-Fayyumiy), m/s 211

3. SUMBER MAJALAH
  • DEWAN KOSMIK (November 2011), Terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka, m/s 141