Sunday, 13 September 2015

DEFINISI MANUSIA MENURUT KAMUS DEWAN


  Kamus Dewan mentakrifkan manusia sebagai makhluk yang mempunyai akal budi, insan, orang. Mudahnya, manusia ialah makhluk yang mempunyai fikiran dan kemampuan berfikir disamping mempunyai perasaan. Dari perspektif Islam, manusia bukan sahaja dilihat dari sudut luaran bahkan merangkumi segenap aspek. Manusia ialah makhluk ciptaan Allah SWT dengan dua unsur utama yang sangat lengkap dan sempurna diwakili oleh elemen rohani dan jasmani. (at-Tin 95:4). Manusia ialah makhluk agung yang tiada tolok bandingannya. Dengan keistimewaan akaldan ilmu pengetahuan, fizikal dan spiritual, manusia mampu melakukan apa sahaja.

       Dengan keistimewaan keistimewaan ini, Allah SWT sebagai pemilik mutlak manusia dan seluruh alam semesta, meletakkan tanggungjawab memimpin di atas bahu manusia. Diberikan manusia panduan dan tunjuk ajar melalui rasul supaya manusia tidak lupa asal – usul dan amanah yang dipikul. (al-Baqarah 2: 151, 213). Diberikan manusia kitab – kitab sebagai petunjuk supaya manusia mengkaji, memikir dan seterusnya mendapat petunjuk Allah SWT (al- Baqarah 2:2). Oleh itu, manusia wajib menggunakan akal yang dibimbing wahyu (Al Alaq 96:1). Memisahkan fungsi akal dan wahyu akan mendatangkan bencana kepada seluruh alam. Sejarah menunjukkan ramainya umat-umat terdahulu hancur binasa akibat menolak peranan wahyu dalam kehidupan.

      Dari sudut bahasa, Al-Quran menggunakan beberapa perkataan yang merujuk kepada manusia. Antaranya ialah An Nas – (An Nas 114:1), Al Ins – (Adz Dzazriyaat 5156), Al Insan –(At Tiin 95:4) dan Al Basyar – (Al Furqon 25:54). Dari sudut istilah, manusia dikaitkan dengan makhluk Allah SWT yang mukalaf (ada beban tanggungjawab) dan mempunyai dua tugas utama iaitu:

  •  Manusia sebagai hamba Allah SWT yang mempunyai tugas untuk        mengabdikan diri kepadaNya        
  •  Manusia sebagai Khalifah yang mempunyai amanah dan tanggungjawab.


No comments:

Post a Comment